INNALILLAH HARAP EMMA BERSABAR,,,Akibat serangan virus, Emma terlantar di hospital

loading...
Akibat serangan virus, Emma terlantar di hospital
KUALA LUMPUR : Pelakon Emma Maembong tidak menyangka sakit perut yang dialaminya semalam serius hingga membuatkan beliau terlantar di hospital sejak pagi tadi.
Pengurusnya Nana Rosham berkata, awalnya pelakon itu enggan mendapatkan rawatan kerana menganggap ia sakit biasa tetapi apabila keadaan semakin teruk, beliau terus dikejarkan ke hospital.
Katanya, doktor menyarankan Emma mendapatkan rehat yang cukup bagi memastikan jangkitan virus yang mengakibatkan kesihatannya terganggu dapat dipulihkan.
"Buat masa ini, Emma masih tidur selepas diberikan ubat. Doktor memang memintanya supaya tidak diganggu. Sekarang kesakitannya sudah berkurangan, cuma tidak boleh ada pelawat.
"Kalau tengok keadaannya malam tadi, memang membimbangkan walaupun sebenarnya Emma tidak mahu dimasukkan ke hospital kerana komitmen kerja hari ini.
"Namun, dalam keadaan begini kesihatannya perlu menjadi keutamaan dan kami berterima kasih kerana pihak berkaitan pun memahami situasi ini," katanya kepada BH Online.
Nana berkata, bagi pihak Emma, beliau memohon maaf di atas kesulitan yang terpaksa dihadapi individu atau syarikat yang berurusan dengan mereka sepanjang minggu ini.
"Kami minta maaf kerana menyebabkan komitmen kerja tergendala. Saya sendiri tidak dimaklumkan berapa lama Emma akan ditahan di hospital.
"Sebarang perkembangan akan kami maklumkan kepada mereka yang berkaitan. Sama-sama doakan Emma cepat sembuh dan kembali bertugas," kata Nana.
loading...

0 Response to "INNALILLAH HARAP EMMA BERSABAR,,,Akibat serangan virus, Emma terlantar di hospital"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close