Juruwang rugi RM1,000 dipukau 'Pak Arab'

loading...
(Video) Juruwang rugi RM1,000 dipukau 'Pak Arab'
Gadis lepasan SPM baru saja bekerja sebulan, namun terpaksa menanggung kerugian RM1,000 selepas ditipu 'Pak Arab' yang telah memukaunya. Laju je tangan lelaki tu. Hati-hati weh!


Juruwang rugi RM1,000 dipukau 'Pak Arab'
KUALA LUMPUR - Baru saja bekerja sebulan sementara menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), seorang remaja perempuan terpaksa menanggung kerugian RM1,000, selepas dipukau oleh seorang lelaki dipercayai warganegara Arab. 
Dalam kejadian awal Januari di premis The Store Pudu Plaza, mangsa yang bekerja sebagai juruwang dipukau seorang lelaki 'Pak Arab' tanpa sedar. 
Menurut kakak kepada mangsa, Ayue Amanda, adiknya baru saja sebulan bekerja di premis tersebut, namun terpaksa membayar kerugian di atas kejadian yang tidak diingini itu. 
"Adik saya buat part time di situ, kena pukau dengan pelanggan bangsa Arab. Dari apa yang saya tahu, dia kena ganti RM1,000 yang telah diambil lelaki itu.
"Kejadian itu berlaku kurang dari dua minit. Pak Arab itu pada mulanya nak minta tukar RM100, tetapi tangannya secara tiba-tiba mengambil kesemua wang kertas RM50 di laci menyebabkan adik saya tergamam seketika. Sekelip mata dia masukkan duit RM1,000 dalam poket," katanya. 
Dalam kenyataan yang sama, Ayue kesal dengan tindakan pihak majikan yang meminta adiknya membayar gantirugi RM1,000 tersebut, sedangkan adiknya sendiri tidak meminta kejadian itu berlaku. - The Reporter
loading...

0 Response to "Juruwang rugi RM1,000 dipukau 'Pak Arab'"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close