Masih kawan rapat, Faye Kusairi harap istikharah Azmi ‘benar’

loading...
Pelakon Faye Kusairi menganggap isyarat daripada istikharah Azmi Hatta mungkin benar kerana hubungan mereka masih baik. — Foto ihsan Instagram/Faye Kusairi© Provided by Malay Mail Online Pelakon Faye Kusairi menganggap isyarat daripada istikharah Azmi Hatta mungkin benar kerana hubungan mereka masih baik. — Foto ihsan Instagram/Faye Kusairi
KUALA LUMPUR, 5 Jan — Pelakon Faye Kusairi, yang terjerat dalam kontroversi “cinta tiga segi”, berharap bayangan dalam istikharah bekas suami penyanyi Elly Mazlein itu benar.
Mengulas mengenai isyarat melalui solat pengarah Azmi Hatta, pelakon Istikharah Cinta berkata hubungan mereka masih dalam keadaan baik pada masa ini.
“Sukar untuk saya menerima pada mulanya dengan kontroversi yang melanda.
“Saya melihat kalau dia tipu mungkin hubungan saya dengan dia akan renggang tetapi nampaknya hubungan kami macam baik, jadi saya tiada masalah,” katanya kepada ProjekMMO.
Faye, berlakon bawah arahan Azmi dalam drama Istikharah Cinta, mendapat perhatian ramai Oktober tahun lalu apabila mengesahkan hubungannya dengan duda itu.
Kontroversi itu — yang berlarutan selama beberapa minggu, termasuk sindir-menyindir di media sosial —  bukanlah sesuatu yang diinginkan beliau, namun terpaksa akur.
“Kejadian ini agak mengejutkan kerana saya tidak pernah menggambarkan ia akan berlaku seperti itu.
“Bila memilih menjadi pelakon, saya sudah faham benda ini yang akan saya hadapi. Pastinya saya tidak mahu benda ini berlaku tetapi saya yakin pasti ada hikmahnya.
“Mungkin pada masa depan saya tahu cara untuk lebih mengawal kemarahan saya. Jadi istiqamah atau lebih bersabar,” kata Faye.
loading...

0 Response to "Masih kawan rapat, Faye Kusairi harap istikharah Azmi ‘benar’ "

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close