TAK TAHAN ERGHHH ..!!!! Murid teruja, Batman datang sekolah hari pertama

loading...
Gelagat murid darjah satu Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 3 bersama watak adiwira Batman dan Kamen Rider Decade. — Foto BernamaGelagat murid darjah satu Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 3 bersama watak adiwira Batman dan Kamen Rider Decade. — Foto BernamaKOTA BARU, 1 Jan — Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Kerian 3 meneruskan tradisi tahun kedua berturut-turut memulakan hari pertama persekolahan dengan membawa watak adiwira bagi menarik minat murid terutama pelajar Tahun Satu.
Guru Besarnya Seri Dewi Mohd Ibrahim berkata antara watak adiwira yang muncul termasuklah Kamen Rider Decade dan Batman yang mengadakan pertunjukan bersama persatuan silat sekolah berkenaan.
Seri Dewi berkata kostum yang disewa itu dipakai dua guru lelaki sekolah berkenaan yang membawa mesej tersirat bertujuan menerapkan enam ciri inspirasi kepada murid.
“Enam ciri inspirasi tersebut adalah pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran dwibahasa, identiti nasional, etika dan kerohanian serta kepimpinan dengan mengemukakan soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) kepada semua murid dari Tahun Satu hingga Tahun Enam.
“Selain itu, persembahan hari ini turut menerapkan perasaan bangga dengan identiti nasional melalui kumpulan silat yang diwakili enam orang murid,” katanya kepada pemberita di sekolah berkenaan di sini, hari ini.
Beliau berkata 1,355 murid termasuk 228 murid Tahun Satu memulakan hari pertama sesi persekolahan 2017 yang bermula hari ini.
Seorang murid Tahun Dua, Nik Adam Haikal Raesan Ismail, 8, berkata beliau bersemangat untuk memulakan sesi persekolahan hari ini selepas melihat watak adiwira yang sebelum ini hanya ditontonnya di kaca televisyen.
“Pada tahun lepas, sekolah ini bawa dua watak dalam filem Star Wars, tapi tahun ini bawa adiwira lain iaitu Batman dan Kamen Rider Decade.
“Saya seronok kerana guru sering bawa kelainan kepada kami setiap kali sesi persekolahan bermula,” katanya.
Rakannya, Mohd Rayyan Iqbal Syarifudin, 8, berkata dia sangat teruja untuk memulakan hari pertama persekolahan kerana tertunggu-tunggu untuk berjumpa dengan watak adiwira.
“Saya rasa seronok untuk datang ke sekolah hari ini sebab nak belajar dan tak sabar nak jumpa Batman dan Kamen Rider Decade,” katanya. — Bernama
- See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/murid-teruja-batman-datang-sekolah-hari-pertama#sthash.Mcpfh2py.dpuf
loading...

0 Response to "TAK TAHAN ERGHHH ..!!!! Murid teruja, Batman datang sekolah hari pertama"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close